nuffnang

KliK-KliK La:)

Friday, December 24, 2010

BerIsteri 3 Masih TidaK PuaS..


ALOR SETAR: Biarpun sudah mempunyai tiga isteri, ia ternyata masih belum cukup memuaskan nafsu seorang lelaki apabila ditahan penguat kuasa agama kerana disyaki berkhalwat dengan remaja berusia 18 tahun di motel murah di Pantai Chenang, Langkawi, awal pagi kelmarin.
Lelaki berusia 41 tahun yang juga ahli perniagaan itu ditahan bersama pasangannya, penuntut institusi pengajian tinggi awam oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat serbuan di motel murah berkenaan dalam operasi maksiat di pulau pelancongan itu kira-kira jam 2 pagi.
Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa pergi ke pulau itu bersama remaja wanita berkenaan untuk bercuti selama tiga hari dan baru tiba jam 1 tengah hari pada hari tangkapan dibuat.

Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu dan ahli perniagaan berkenaan mendakwa akan berkahwin dengan pasangannya yang berasal dari Kelantan dalam tempoh terdekat sebagai isteri keempat. 


Nie apa JeNis Laki Xpuas2, LaKi Nie BuKaN Nak KeBaHaGiaN. TaPi Nak NafSu.. TeruK Betullah LaKi Nie.. Xpuas NgaN biNi Nak JuGa CaRi LaiN.. Dahlah BiNi 3 NaK TmBah g Sorg..
KaLau BiNi yG Ke-4 Nie MaSih Xpuas2 Juga comfirm Dia CaRi BiNi yg Ke-5. CeRai biNi yg Pertama... 

Teman Blogger