nuffnang

KliK-KliK La:)

Wednesday, December 15, 2010

KeBerKataN dan KeUntuGan SoLaT..



Rasulullah S.A.W. Bersabda :

1 . Perintah pertama yg diwajibkan Allah S.W.T terhadap umatKu ialah solat. Dan yg pertama kali akan dihisab pda hari Kiamat ialah solat.
2. takutlah kpd Allah S.W.T dlm masalah solat. takutlah kpd Allah S.W.T dlm masalh solat. takutlah kpd Allah S.W.T dlm masalah solat.
3. pemisah antara seseorang dgn syirik adalah solat.
4. solat adalah tanda Islam. Barangsiapa solat dgn khusyu, tepat pda waktunya & memperhatikan rykun serta sunnah-sunnahnya, pastilah ia seorang mukmin. 
5. Diantara seluruh perintah Allah S.W.T, iman & solat adalah kewajiban yg paling utama. Jika ada sesuatu yg lebih baik drpd itu, Allah S.W.T akan memerintahkan para malaikatNya, yg senantiasa ruku & sebahagian yg lain ada yg terus bersujud.
6. solat adalah tiang agama.
7. solat menghitamkan wajah syaitan.
8. solat adalah nur bagi orang-orang yg beriman.
9. solat adalah jihad yg paling utama.
10. selama seseorang memperhatikan solatnya, Allah S.W.T tidak akan mengabaikannya. Dan jika ia berpaling dari solatnya, maka Allah S.W.T akan mengalihkan perhatianNya.
11. jika suatu musibah turun dari langit, maka orang yg memakmurkan masjid pasti selamat.
12. jika seorang muslim dimasukkan ke dalam neraka kerana dosa-dosanya yg besar, maka api neraka tidak dapat membakar anggota tubuhnya yg telah bersujud ketika solat.
13. Allah S.W.T mengharamkan api neraka ke atas anggota-anggota bersujud.
14. Amalan yg paling disukai Allah S.W.T ialah solat pada waktunya.
15. Orang yg paling disukai Allah S.W.T adalah orang-orang yg bersujud kepadaNya dgn penuh perasaan hina.
16. Allah S.W.T paling dekat dgn hambaNya ketika ia bersujud kepadaNya.
17. solat adalah kunci syurga.
18. Jika seseorang berdiri untuk solat, pintu-pintu syurga akan terbuka & Allah S.W.T. akan menyingkapkan hijab antara ia dgn Allah S.W.T, selam ia tidak melakukan hal-hal yg dibenci dalam solat.
19. Orang yg sedang solat ibarat sedang mengetuk pintu rumah Allah S.W.T. Dan sebagaimana umumnya, pintu yg diketuk pasti akan dibuka.
20. kedudukan solat pada agama seperti kedudukan kepala pada badan.
21. solat adalah nur hati. Barangsiapa ingin hatinya senantiasa bersinar, maka sinarilah dengan solat.
22. barangsiapa berwudhu dgn sempurna, lalu solat 2 atau 4 rakaat dgn khusyu' & khudhu', baik fardhu atau sunnat, dan ingin dosanay diampuni Allah S.W.T. maka Allah S.W.T akan mengampuninya.
23. setiap bumi yg atasnya didirikan solat untuk mengigati Allah S.W.T, maka tanah itu akan merasa bangga di antara tanah-tanah lainnya.
24. barangsiapa solat 2 rakaat lalu berdoa kepada Allah S.W.T, Allah S.W.T pasti akan mengabulkan doanya. Adakalanya dipercepat atau diperlambat, sesuai dgn kepentingannya. Yg jelas, doa akan dikabulkan.
25. barangsiapa solat 2 rakaat (sunnat) sendirian, tanpa seorang pun yg melihatnya kecuali Allah S.W.T dan para malaikatNya, maka api neraka tidak akan menyentuhnya.
26. Jika seorang muslim mendirikan solat fardhu, maka Allah S.W.T akan mengabulkan salah 1 doanya.
27. barangsiapa solat 5 waktu dgn khusyu'; ruku, sujud, wudhu, dan sebagainya dgn sempurna, maka wajib baginya syurga dan haram baginya neraka.
28. seorang muslim yg benar-benar menjaga solat 5 waktunya dgn istiqamah, maka syaitan akan takut kepadanya. tetapi jika ia tidak memperdulikan solat 5 waktunya, maka syaitan akan berani kepadanya dan akan menyesatkannya.
29. Amal yg paling utama adalah solat pada awal waktu.
30. solat adalah pengorbanan para muttaqin.
31. Amal yg paling disukai Allah S.W.T. ialah solat pada awal waktu.
32. barangsiapa pergi pagi hari untuk solat. bererti ia sedang membawa bendera iman di tangannya. Dan barangsiapa pergi ke pasar pada pagi hari , bererti ai membawa bendera syaitan di tangannya.
33. 4 rakaat qabla zhuhur menyamai pahala 4 rakaat tahajjud.
34. 4 rakaat qabla zhuhur sama dgn 4 rakaat solat tahajjud.
35. Rahmat Allah S.W.T bercucuran ke atas org yg berdiri dlm solat.
36. sebaik-baik solat ( setelah solat fardhu ) adalah solat malam, tetapi sedikit orang yg mengerjakannya.
37. Jibril A.S datang kepadaku dan berkata, " Ya Muhammad, berapa lama pun engkau hidup, engkau akan mati juga. Dan siapa saja yg engkau cintai, pada suatu hari engkau akan berpisah dengannya. dan apa pun yg engkau kerjakan, sesungguhnya engkau akan menerima balasan atas perbuatanmu ( baik atau jahat )." Tidak diragukan lagi bahawa kehormatan seorang mukmin ada pada tahjjudnya, dan kemuliaan orang mukmin ada pada istigna (tidak meminta-minta kepada orang lain).
38. 2 rakaat solat malam lebih berharga drpd kekayaan di dunia ini. Jika tidak memberatkan umutku, akan kuwajibkan solat tahajjud.
39. jagalah solat tahajjud, kerana tahajjud adalah amalan para sholihin, dan penyebab untuk mendekati Allah S.W.T, menhentikan perbuatan dosa, penyebab diampuninya kesalahan, dan menyihatkan badan.
40. Allah S.W.T berfirman, " Hai anak Adam, janganlah kalian malas mengerjakan 4 rakaat pada awal permulaan pagi, kerana Aku akan mencukupimu pada hari itu.


*40 hadits ini di petik drpd Fadhail A'mal..
*samalah kta memperbaki solat kta..
* renung-renugkan & slmt b'amal..
* yg baik dri Ilahi yg bruk silap sya sndri..

No comments:

Post a Comment

t.kasih..comment anda amat dihargai;-)

Teman Blogger