nuffnang

KliK-KliK La:)

Friday, October 22, 2010

Pelajar kedoktoran tajaan Mara ditemui mati di rumahnya di Bandung

INANI yang ditemui mati di rumah sewanya
di Bandung, Indonesia semalam. 
AL-FATIHAH
Memang tidak d'nafikan ajal maut di tangan Allah...setiap hidup di muka bumi ni pasti ada yang kembali kepada-NYA.. Di Jakarta Seorang pelajar perubatan dari Malaysia ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung pagi semalam..Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, ditemui di atas lantai dalam keadaan tidak bernyawa oleh rakan serumahnya pada pukul 5 pagi.Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar berkata, Inani merupakan pelajar tahun empat Universitas Padjadjaran (Unpad) Bandung atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung.
"Sehingga kini, belum dapat ditentukan sebab-sebab kematian pelajar itu," kata beliau. Menurut beliau, keluarga Inani yang tinggal di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor telah dimaklumkan mengenai kejadian mengejut itu. Jenazah Inani akan dibawa balik ke Malaysia untuk dikebumikan. Dia sering mengadu sakit belakang kepada abangnya, dia sangat rapat dengan mak ngan abangnya.. Semoga rohnya tenang dan  di tempatkan dengan orang2 yang b'iman..AMIN...

Teman Blogger