nuffnang

KliK-KliK La:)

Saturday, November 6, 2010

Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan ACMS di Perlis semasa BanJir


 Lebih kurang 50 orang pelajar termasuk kakitangan Allianze College of Medical Sciences (ACMS) tampil untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Perlis.

Kehadiran mereka sedikit sebanyak telah berjaya mengurangkan beban kepada kira-kira 800 orang mangsa banjir yang kini dikumpulkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kayang, Kangar, Perlis.

Para pelajar dari kursus Farmasi, Kejururawatan dan Fisioterapi telah memberikan bantuan dari segi pemeriksaan kesihatan dan bantuan makanan.

Para pelajar bersama dengan para pensyarah yang juga merupakan doktor telah menyediakan kaunter pemeriksaan kepada orang tua dan telah menyediakan bantuan makanan kepada 300 mangsa.

Guru Kanan sekolah tersebut, Fitrah Osman berkata hujan yang turun sejak Isnin lalu telah mengakibatkan banjir kepada beberapa kawasan perkampungan di situ dan mereka telah mendapat arahan untuk menjadikan sekolah itu sebagai penempatan sementara kepada lebih kurang sembilan buah kampung.

“Antara kawasan perkampungan yang terlibat adalah yang tinggal berdekatan sawah padi iaitu Kampung Surau, Kampung Behor Mali, Kampung Datuk, Kampung Hutan Ibus, Kampung Seriab, Kampung Batu Hampar, Kampung Bangsal Lebah dan Kampung Titi Serong.

“Buat masa sekarang sekolah ini tidak beroperasi, sebaliknya kami telah mewujudkan satu jawatankuasa di kalangan guru-guru untuk memantau dan menguruskan keadaan mangsa banjir di sini,” katanya.

Dia juga berkata bahawa mangsa banjir di tempatkan di blok bilik darjah dan sementara menunggu perkakas untuk memasak, mereka hanya dibekalkan dengan makanan yang sedia untuk dimakan.

Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ACMS, Dr. Ismail Ahmad menyarankan agar lebih ramai orang datang untuk menghulurkan bantuan dari segi perubatan dan makanan.

“ACMS akan terus memberikan bantuan kepada mangsa banjir dari aspek pengurusan perubatan dan khidmat masyarakat,” katanya untuk mengurangkan rasa beban mangsa banjir.


 Nursing ACMS

Physiotherapy ACMS


Petempatan mangsa banjir




BANJIR

7 comments:

  1. rakyat malaysia memang baik hati :-)

    ReplyDelete
  2. tahniah dik..bantu2 org gk tpi kslmtan n kshtan diri pn kna jga gk...truskn usha..:)

    ReplyDelete
  3. malaysia banyk membantu .tapi banyak yang xfaham.dan x menghargai kita,bantuan demi bantuan dihulurkan

    ReplyDelete

t.kasih..comment anda amat dihargai;-)

Teman Blogger